Enough me! Its you now!

Showing posts with label tempat shopping Surabaya. Show all posts
Showing posts with label tempat shopping Surabaya. Show all posts

Monday, April 28, 2014

Berliburan di Jawa Timur, Surabaya - Hari 5 (Hari Akhir)

Assalamualaikum...

Selamat berkerja sebab hari ini Isnin.  Hari blues! Hujung minggu aku dipenuhi dengan aktiviti kerja rumah, kerja dari ofis bawak ke rumah, dan berangan.  Ni pasal cinta Qaseh, kawan aku nak ke Brussel dan macam-macam lagi.  Dah seminggu lebih berangan-angan untuk sempurnakan wishlist aku yang panjang berjela tu.  Otak aku ligat memikirkan cuti dan bila aku akan sampai ke tempat unik dalam bumi Allah ni.  Antara tempat yang aku teringin sangat or dah berkematu sangat nak pergi:  India (taj mahal of course) and Istanbul (really want to be here).  Bilalah dapat sampai ye?  Semoga Allah permudahkan.

***
Entri penuh Surabaya, klik sini.
Entri hari pertama, 23 April 2013, klik sini.
Entri hari kedua, 24 April 2013, klik sini.
Entri hari ketiga, 25 April 2013, klik sini.
Entri hari keempat, 26 April 2013, klik sini.

Jom sambung entri Surabaya since rombongan kak Ton Perth dah tak sabar nak tinggalkan jejak kat blog aku yang tak seberapa ni.  Hehe.  Gurau ye semua.  :D

Hari kelima ni memang pagi-pagi lagi kami dah kemas beg, right after Subuh okay.  Pinjam penimbang di lobi untuk memastikan luggage tak terlebih kilo.  Juga asingkan duit sedikit untuk emergency di airport.  Lepas check out, kami ke Pusat Grosir Surabaya sekali lagi pagi ini.  Nak habis kan sisa-sia wang semalam.  Then, kami ke kedai yang jual makanan tradisional Surabaya pula.  Aku beli kek lapis Surabaya dan udang goreng rangup.  Korang juga boleh request dari Pak Nur untuk ke mana-mana lagi since dia tahu most tempat yg menarik.  Nombor contact Pak Nur aku ada disini.

Destinasi kami yang seterusnya adalah Masjid Cheng Ho.  Kat sini kami mengambil gambar dan baca penubuhan masjid ini.  Masjidnya unik dan cantik.  Masa kami tiba disitu, masjid itu masih lagi dalam proses membaik pulih, tapi ruang solat masih disediakan.




Kemudian kami ke Tugu Surabaya.  Tempat ni macam Dataran Merdeka.  Dah ambil gambar, kami terus ke Masjid Al-Akbar Surabaya.  Masjid ini ada menara untuk melihat kawasan sekitar Surabaya.  Tinggi tempat ni.  Bolehlah tengok kota Surabaya macam mana bentuknya.  Kita boleh nampak pemandangan sekitar dan aku dapat simpulkan,  kotanya sayup mata memandang.





Aku minta Pak Nur singgah shopping complex untuk membeli roti dan keperluan lain before ke airport.  Kami tak lunch sebab makan pagi tadi masih belum terhadam.  Aku makan sebanyak-banyaknya masa breakfast.  Kami ke airport jam 3 petang dan flight kami jam 5.45 petang.  Dua jam duduk di airport.  Ada internet dan kemudahan lain.  Penat berjalan 5 hari disini. 

Habis dah entri Surabaya.  Kawan aku kata bosan sebab dia nak baca entri Perth.  Kelaka!  Ok, next entry will be on Perth and Japan.  Aku macam nak pergi Nagoya and Fukuoka next trip tetapi… aku tak berapa yakin dengan kebolehan kesabaran aku.  Nak tau kenapa? Boleh baca entri Perth and Japan nanti.  Sayonara!!

Till then,



Saturday, April 26, 2014

Berliburan di Jawa Timur, Surabaya - Hari 4

Assalamualaikum...

Muka aku berbelang.  Baru balik Langkawi kekdahnya.  Seronok pergi kali ni sebab kami sekeluarga (9 orang) dapat berkumpul di luar rumah.  Satu keajaiban.  Kami ke Kilim Tour dan naik cable car. Seronok sangat! Selebihnya, bershopping chocolate dan mandi laut.  Aku tak mandi laut, tapi tidur di tepi pantai.  Angin sepoi-sepoi  Seronok.  Mana tak hitamnya.  Hehe.

***
Entri penuh Surabaya, klik sini.
Entri hari pertama, 23 April 2013, klik sini.
Entri hari kedua, 24 April 2013, klik sini.
Entri hari ketiga, 25 April 2013, klik sini.

Jom sambung entri hari ke-empat dimana agenda utamanya, kami shopping! Yes, habiskan duit shopping.  Kami bershopping di 2 tempat, Pusat Grosir Jambatan Merah dan Pusat Grosir Surabaya.  Tetapi sebelum shopping, kami singgah di kilang rokok Sempoerna.  Kilang rokok.  Melihat perkembangan pembuatan rokok.  Banyak barang kepunyaan pemilik Sempoerna ni seperti contoh, motosikal, set alat muzik.  Rokok disini dibuat secara manual dan pekerjanya sangat laju.  Sangat menarik dan aku kagum kejap.





Kemudian kami ke Pusat Grosir Jambatan Merah dulu, then baru ke Pusat Grosir Surabaya.  Shopping.  Grosir bermaksud pukal/ wholesale manakala eceran bermaksud runcit/ jualan satu-satu.  Masa di Jambatan Merah, kami lihat-lihat dahulu dan membeli apa-apa yang patut.  Aku beli tudung untuk jualan.  Kualiti tudungnya sangat elok dan bawal kelas petama yang cun melecun tu hanya RM15.  Bidangnya besar dan sedap dipakai.  Ada yang murah, cuma bidangnya sedikit kecil dan jarang.  Dah shopping sikit-sikit sebab harganya agak tidak memuaskan, kami pergi lunch di kedai makan semalam.  Ayam goreng pemuda.





Lunch sudah dan kami langsung ke Pusat Grosir Surabaya.  Komen aku?  Jauh murah dari Pasar Baru Bandung dan Jambatan Merah.  Fesyen up-to-date dan kalau nak murah, kena beli secara grosir.  Tapi paling best, boleh mix and match tetapi kena pastikan harga mix and match tu sama.   Murah-murah!!!  Apa lagi, terus borong jubah cotton dan blouse yang cantik-cantik.  Harga jubah tu jatuh RM30 sehelai tetapi kami beli secara pukal.  Tetapi ingat, kena beli secara pukal tak boleh eceran.  Rugi!

Jambatan Merah ni seumpama Pasar Baru Bandung dan harga pun lebih kurang.  Macam mana aku tahu?  Sebab bulan depannya tu, aku ke Vietnam dan Bandung, sekali lagi.  Aku dah buat comparison. Harga yang aku boleh katakan, Surabaya lagi murah dari Bandung.  Terutamanya Pusat Grosir Surabaya.  Tak tipu.  Sila ke Surabaya.

Pelancongan kami bertiga ke satu lagi tempat menarik.  Makam Wali Songo.  Korang boleh baca pasal wali songo yang tekenal ini di dalam wiki dan blog lain.  Ramai sangat orang dan yang membaca al-Quran, Yassin dan lain-lain.  Kami sempat menghadiahkan al-Fatihah kepada wali ini.  Kemudian, kami ke kedai-kedai di luar makan.  Dimana mostly menjual barang dagangan untuk Negara Arab.  Aku beli jubbah, RM30.  Sini tak dapat harga ni.  Dan kebanyakkan harga jubbah sekitar RM20 – RM100.  Aku diberitahu peniaga disitu, jubbah ni dorang ambil dari manufacture pembuat jubbah tuk tanah Arab.  Aku tak kesah pun, janji cantik dan sedap di pakai.  Aku recommend akan kedai yang first sebelah kiri.  Murah dari kedai lain.  Makin hujung, makin mahal akan tetapi still under RM100.

Sesudah itu, Pak Nur bawa kami ke shopping complex untuk beli roti.  Sebabnya, kami tak mau dinner heavy.  So, kami beli roti dan air susu kotak.  Juga sedikit buah.  Then, balik hotel untuk istirahat.  Tu je entri kali ni.  Esok, hari ke-5 adalah hari untuk kami pulang.  Tapi flight kami petang, so masih ada lagi tempat menarik yang kami akan pergi.

** Sorry entry tak banyak gambar sebab kamera habis bateri dan busy shop-shop**

Till then,